A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Pelancaran Program Larian One Stop Crisis Centre (OSCC) Fun Run 2023 Di Hospital Putrajaya

27 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan pelancaran program larian One Stop Crisis Centre (OSCC) Fun Run 2023 di Hospital Putrajaya yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya (HPj).

One Stop Crisis Centre (OSCC) merupakan salah satu skop perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di semua hospital kerajaan di Malaysia. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk membantu dan merawat mangsa yang terlibat dalam kes keganasan rumahtangga (domestic violence), liwat (sodomy), rogol (rape), keganasan seksual (sexual assault) dan penderaan kanak-kanak (child abuse).

Bersempena dengan Minggu Bersama Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya 2023 bermula pada 27 Mei 2023 hingga 8 Jun 2023, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya menganjurkan OSCC Fun Run bagi memperkenalkan perkhidmatan One Stop Crisis Centre kepada masyarakat.

Pada tahun 2018 sebanyak 290 kes OSCC telah dirujuk ke Hospital Putrajaya. Tahun 2019 (418 kes), tahun 2020 (336 kes), tahun 2021 (268 kes) dan tahun 2022 (300 kes).

Merujuk kepada data rujukan kes OSCC 2018-2022 Hospital Putrajaya, berlaku peningkatan kecuali pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Sementara itu, kes keganasan rumah tangga dilaporkan mendominasi kes yang hadir ke OSCC HPj.

Sehubungan itu, program ini diharap dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan hak-hak individu terutamanya sebagai wanita dan kanak-kanak serta memberitahu masyarakat arah pertolongan yang disediakan dalam menangani masalah keluarga dan sosial.

Program ini juga turut melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan dengan OSCC seperti Polis Diraja Malaysia, pasukan SCAN HPj, Yayasan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan All Women’s Action Society (AWAM).

Turut hadir YBrs. Dr Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, YBrs. Dr Suraya binti Amir Hussin, Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr Mohd Anis bin Haron @ Harun, Pengarah Institut Kanser Negara (IKN), Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh, Naib Presiden Perbadanan Putrajaya, Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, YBrs. Prof. Dato’ Sri Dr. Haji Abu Hassan Asaari Abdullah, Mantan Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan juga Pengasas Perkhidmatan OSCC KKM dan YBrs. Dr Khairul Nizam Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma selaku Penasihat Minggu Bersama Jabatan Kecemasan 2023 dan OSCC Fun Run.

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 01:11:10 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page