A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Bandar, Kuantan Pahang

 

28 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang. KK ini merupakan yang kedua dilawati oleh YB Menteri Kesihatan selepas KK Bukit Goh.

KK Bandar Kuantan merupakan Klinik Kesihatan Jenis 3 yang siap dibina pada tahun 2013. Klinik dengan keluasan 12.01 ekar ini mempunyai kekuatan anggota seramai 113 orang. KK ini juga terletak di pusat bandaraya Kuantan yang memberi manfaat kepada kira-kira 223,200 orang populasi penduduk di sekitar bandar Kuantan.

Klinik Kesihatan ini menerima kedatangan pesakit sekitar 800 hingga 1,000 orang sehari. KK ini juga merupakan Pusat Kecemerlangan (Center of Excellent) bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Selain itu, ia turut melaksanakan perkhidmatan 'extended hours' di negeri Pahang bagi memanjangkan tempoh masa kepada masyarakat Kuantan untuk mendapatkan rawatan.

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh KK Bandar Kuantan:

1. Perkhidmatan Pesakit Luar;

2. Perkhidmatan Kesihatan Keluarga;

3. Perkhidmatan sokongan iaitu:

   - Farmasi, Makmal dan Radiologi
   - Pemakanan dan Dietetik
   - Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.

4. Perkhidmatan Pergigian.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian (Bahagian Sumber Manusia) dan YBhg. Dato Indera Dr. Norazimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 21:22:02 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page