A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Program Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan Anjuran Jabatan Kerja Raya Malaysia

29 Mei 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan anjuran Jabatan Kerja Raya Malaysia di Centre of Excellence for Technology and Engineering (CREaTE), Alor Gajah, Melaka.

Program yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kepada wakil-wakil 35 buah Syarikat Kontraktor Gred G7 yang telah lulus penetapan prasyarat Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan tanggungjawab dan peranan mereka dalam komunikasi bersama sub-kontraktor, perunding, pembekal serta pihak berkuasa tempatan bagi mencapai objektif kursus dalam mewujudkan kumpulan kontraktor yang berkeupayaan dan berdaya saing.

Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan akan menjadi satu syarat wajib bagi syarikat kontraktor yang ingin menyertai tender projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR Malaysia bermula daripada Januari 2024. Ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam menyediakan fasiliti dan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.

YB Lukanisman telah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa beliau berharap usaha JKR ini bakal memberi kejayaan dalam peningkatan penyampaian projek fasiliti kesihatan bukan hanya di kawasan bandar tetapi meliputi keseluruhan kawasan luar bandar dan juga pedalaman.

Turut hadir YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar & Pembangunan Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ IR. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra dan YBrs. IR Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE JKR.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-06-12 21:41:12 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page