A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang

29 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang bagi memantau pengoperasian perkhidmatan kesihatan dan mengadakan sesi dialog bersama petugas kesihatan di hospital berkenaan.

YB Menteri Kesihatan terlebih dahulu melawat Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental HTAA yang telah mula beroperasi sejak tahun 1993.

Dalam lawatan ini beliau sempat menyantuni pesakit yang sedang mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Jabatan ini merupakan pusat rujukan tertiari bagi Negeri Pahang, Lead Hospital untuk kluster Pahang Timur dan satu satunya pusat yang menjalankan rawatan ECT di Negeri Pahang.

Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pesakit psikiatri termasuklah klinik Pakar Psikiatri, rawatan pesakit dalam, rawatan psikiatri komuniti dan rehabilitasi psikososial.

Seterusnya, YB Menteri Kesihatan telah melakukan tinjauan terhadap fasiliti kesihatan di HTAA terutamanya di Jabatan Kecemasan.

Hospital ini menawarkan perkhidmatan berdasarkan direktorat seperti:

- Perkhidmatan Perubatan;
- Perkhidmatan Wanita & Kanak-Kanak;
- Perkhidmatan Pembedahan & Kecemasan; dan
- Perkhidmatan Diagnostik & Sokongan Klinikal.

Hospital ini merupakan hospital pertama yang menerima Anugerah Akreditasi daripada Malaysia Society For Quality in Health (MSQH) pada tahun 1999 dan merupakan hospital negeri pertama menerima pensijilan Akreditasi edisi ke-5. HTAA juga telah melakar sejarah menjadi hospital pertama di Pantai Timur yang berjaya menjalankan pembedahan Endoscopic Combined IntraRenal Surgery (ECIRS) pada 3 Mei 2023.

Turut hadir, YB Dato Hj. Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Kesihatan Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang, Exco Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Pahang, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian (Bahagian Sumber Manusia) dan YBhg. Dato Indera Dr. Norazimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-12 22:04:37 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page