A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

29 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang di Dewan Bandaraya, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, Kuantan, Pahang.

Seramai 450 warga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang telah menerima pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 123 orang pesara telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022. YB Menteri Kesihatan telah hadir bagi menyampaikan Sijil APC dan Sijil Persaraan seterusnya merasmikan Majlis tersebut.

Penerima APC pada tahun ini diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah insentif berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000.00, manakala bagi pesara pula menerima Sijil Penghargaan Persaraan dan Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM400.00.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini merupakan suatu bentuk pengiktirafan dan penganugerahan atas prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2022 serta tanda penghargaan ikhlas atas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam, khususnya di JKN Pahang.

Turut hadir Di Majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YH. Dato Indera Dr. Norazimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC Tahun 2022 di negeri Pahang ini dan diharapkan agar warga JKN Pahang juga terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh integriti selaras dengan tema Majlis “Perkhidmatan Cemerlang, Integriti Dijulang”.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 22:06:03 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page