A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023 Di Dewan Hang Tuah, Melaka

YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023 di Dewan Hang Tuah, Melaka.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun dan pada tahun ini “We Need Food, Not Tobacco” merupakan tema yang dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sambutan Hari Tanpa Tembakau merupakan kerjasama antara Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) ini mendukung penuh hasrat KKM dalam membanteras isu-isu merokok dalam kalangan masyarakat awam.

Di samping itu, KKM juga bakal membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok dalam sidang Parlimen sebagai usaha untuk mencapai hasrat The End Game menjelang tahun 2040.

YB Lukanisman dalam ucapan beliau menyeru agar masyarakat terutamanya generasi muda untuk terus menyokong usaha kerajaan dan menyahut slogan Generasi Penamat Rokok.

Melalui sambutan ini juga, pihak MMA dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) telah berjaya mencipta nama di Malaysia Books of Record bagi penyertaan terbanyak dalam pertandingan melukis poster anti merokok dengan lebih daripada 24,248 penyertaan di seluruh Malaysia.

Turut hadir ialah YB Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan Melaka, YB Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak, YBhg. Datuk Dr Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah JKN Melaka, Dr. Muruga Raj Rajathurai, Presiden Persatuan Perubatan Komanwel merangkap Presiden Persatuan Perubatan Malaysia dan YBhg. Dato Dr Saunthari Somasundaram, Presiden National Cancer Society Malaysia (NCSM).

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-12 22:59:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page