MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Kok Lanas, Kota Bharu

3 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Kok Lanas, Kota Bharu

Lawatan ini adalah untuk memantau dan memastikan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan klinik tersebut berada di dalam keadaan baik dan terkawal bagi memenuhi keperluan kesihatan awam.

Klinik kesihatan Jenis 3 ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11) dan dijangka akan siap dibina pada tahun ini.

Antara fasiliti yang akan disediakan adalah Klinik Pergigian, Jabatan Pesakit Luar, Klinik Rawatan Ibu dan Anak dan empat (4) unit kuarters untuk kemudahan petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut.

Pembinaan bangunan klinik kesihatan yang baharu ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada masyarakat awam khususnya masyarakat di Daerah Kok Lanas.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-18 22:17:22 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page