MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Negeri Kelantan di Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan

3 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Negeri Kelantan di Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan.

Lima (5) projek klinik kesihatan yang terlibat adalah:
1. Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang
2. Klinik Kesihatan Kerilla, Machang
3. Klinik Kesihatan Karangan, Kuala Krai
4. Klinik Kesihatan Peria, Kuala Krai
5. Klinik Kesihatan Sokor, Tanah Merah

Kelima-lima klinik kesihatan yang dijadual akan beroperasi pada 2 Julai 2023 (Ahad) ini merupakan klinik desa berstatus daif yang telah dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 7. Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada masyarakat awam adalah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pesakit Luar, Rawatan Kecemasan, Makmal Perubatan Asas dan Farmasi.

YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau berharap agar usaha-usaha yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan negara di peringkat ‘primary healthcare’ dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital.

Projek-projek pembinaan dan naik taraf premis kesihatan yang dilaksanakan ini merupakan antara inisiatif kerajaan yang terus komited dan cakna akan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-18 22:31:20 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page