MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan ke Klinik Kesihatan Machang

3 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja ke Negeri Kelantan bermula dengan Klinik Kesihatan Machang.

Klinik Kesihatan Machang telah dibina pada tahun 1954 sebagai Pusat Kesihatan Besar Machang dengan keluasan tapak 1001.9 meter persegi dan telah dirasmikan pada 14 Mac 1970. Klinik ini juga telah dinaik taraf kepada status Klinik Kesihatan Machang pada tahun 2022.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Klinik Kesihatan Machang yang disampaikan oleh Dr. Mohd Azimullah bin Mohamad@Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Antara fasiliti yang terdapat di klinik tersebut adalah Klinik Demam, Klinik Pergigian, Bilik Kecemasan, Bilik Konsultasi, Bilik Rekod dan Bilik Farmasi.

Klinik daif yang menerima 200-300 orang pesakit dalam sehari ini sedang di dalam perancangan untuk dinaik taraf ke bangunan klinik kesihatan yang baharu bagi memastikan klinik ini dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat awam khususnya penduduk di daerah Machang.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-18 22:44:13 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page