MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan ke Klinik Pergigian Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan

3 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Klinik Pergigian Kubang Kerian, Kota Bharu yang juga merupakan tempat terakhir dalam siri lawatan YB Menteri Kesihatan di Negeri Kelantan

Klinik Pergigian Kubang Kerian (KPKK) merupakan salah sebuah Klinik Pergigian Primer daripada 13 klinik di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu. Kedatangan pesakit ke Klinik Pergigian Kubang Kerian secara puratanya adalah seramai 30-40 orang dalam sehari.

Perkhidmatan kesihatan di Klinik pergigian Kubang Kerian meliputi semua peringkat masyarakat, iaitu Rawatan Pesakit Luar (Outpatient), Rawatan Aerosol Generating Procedures (AGP), Rawatan Dentur, Rujukan kepada Pakar Pergigian, Promosi Kesihatan Pergigian dan Saringan Kanser Mulut.

Klinik Pergigian Kubang Kerian memberikan Perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti kepada liputan kawasan yang meluas tanpa mengira kawasan dan tempat tinggal.  Kebanyakan pesakit yang hadir ke KP Kubang Kerian adalah penduduk di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu, Wakaf Stan, Panji dan sekitarnya.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.Kelantan.

image image image

Kemaskini pada 2023-06-19 14:11:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page