MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Ketereh, Kota Bharu

3 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Ketereh, Kota Bharu.

Lawatan kerja ini bertujuan memantau keadaan fasiliti dan peralatan perubatan yang digunakan bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan sesuai mengikut keperluan semasa petugas-petugas kesihatan dan pesakit-pesakit di klinik tersebut.

Klinik Kesihatan (Jenis 3) yang telah dirasmikan pada tahun 1978 ini mempunyai dua (2) Klinik Desa yang beroperasi di bawah klinik tersebut iaitu Klinik Desa But dan Klinik Desa Melor dan dianggarkan mempunyai purata kedatangan pesakit dalam 300 orang sehari.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah Rawatan Pesakit Luar (OPD), Rawatan Kecemasan, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak dan Rawatan Pergigian. Klinik ini juga menawarkan Program Expanded Scope yang terdiri daripada Program Primer, Program Noncommunicable Diseases (NCDs), Program HIV/STD dan Infectious Diseases.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-19 14:29:42 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page