MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Taklimat Berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Untuk Para Pengamal Media

6 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memberikan taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk para pengamal media selepas mengadakan taklimat bersama Ahli-ahli Parlimen pada sesi pagi di Dewan Bankuet, Parlimen.

Taklimat yang diadakan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengamal media mengenai intipati RUU yang akan melalui Bacaan Pertama di Parlimen pada 12 Jun 2023 (Isnin).

Seramai hampir 40 orang pengamal media yang telah hadir pada sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai RUU melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang diadakan.

YB Menteri Kesihatan melalui ucapan beliau berharap agar RUU yang akan dibentangkan ini dapat meningkatkan kesedaran dan melindungi masyarakat tentang bahaya merokok sekaligus dapat mengurangkan risiko-risiko akibat daripada merokok.

Turut hadir ialah YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Noraryana Binti Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) KKM.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-19 15:15:27 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page