MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Taklimat Berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok Untuk Ahli-Ahli Parlimen

6 Jun 2023 - YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini.

Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa RUU Baharu Kawalan Produk Merokok ini sangat penting bagi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.

RUU baharu ini masih mengekalkan peruntukan Generasi Penamat Rokok namun berkonsepkan 'Win-Win Solution: Navigating Differences through Collaborative Compromise'. Peruntukan Generasi Penamat Rokok ini bakal menyekat masalah merokok terutama dalam kalangan belia iaitu kumpulan produktiviti yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara serta menyelamatkan 2.07 juta nyawa.

Turut hadir sebagai ahli panel, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YB Kelvin Yii, Penasihat Khas Menteri Kesihatan, YBrs. Dr. Helmy Haja Mydin, Penasihat Khas Menteri Kesihatan dan YBrs. Tuan Yang Zaimey Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang KKM

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-06-19 15:37:51 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page