MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Taklimat Kertas Putih Kesihatan Bersama Ahli-Ahli Parlimen

8 Jun 2023 - YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah menghadiri Sesi Taklimat Kertas Putih Kesihatan Bersama Ahli-ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Taklimat ini adalah untuk memberi pemakluman mengenai usaha dan intipati cadangan reformasi sistem kesihatan di dalam deraf Kertas Putih Kesihatan (HWP) dan pada masa yang sama untuk mendapatkan pandangan juga cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen sebelum kertas ini dibentangkan di dalam Parlimen pada minggu hadapan.

Deraf HWP yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 5 Jun yang lalu merupakan kertas konsep pelan reformasi kesihatan negara di mana ia menggariskan cabaran dan limitasi utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan pada masa kini. Pelbagai cadangan reformasi kesihatan yang bersifat holistik, inklusif dan responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat turut diketengahkan di dalam kertas tersebut.

YB Menteri Kesihatan di dalam ucapan beliau memaklumkan bahawa reformasi yang dicadangkan di dalam HWP akan menjadikan sistem kesihatan negara lebih saksama (equitable), berkualiti tinggi, mudah diakses dengan kos berpatutan, dan berdaya tahan serta mampan untuk jangka masa panjang.

Turut hadir ialah YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazaman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Tan Sri Dr S. Subramaniam, Mantan Menteri Kesihatan merangkap Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan dan YBhg. Dr. Rozita Halina Tun Hussein, (Pengarah Bahagian Perancangan, KKM).

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-20 11:35:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page