MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis Dan Pelancaran Projek Adic

11 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Pusat Hemodialisis dan Pelancaran Projek ADiC (Adopt-a-Dialysis-Chair Project) di Hospital UCSI, Port Dickson.

Projek ADiC merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Hospital UCSI bagi membantu pesakit dialisis yang kurang berkemampuan khususnya di kawasan Springhill, Lukut dan amnya, di daerah Port Dickson. Walaupun projek ADiC ini merupakan projek rintis, Hospital UCSI telah berjaya mendapatkan komitmen daripada 10 penaja dan 13 orang pesakit sebagai permulaan.

Lebih 850 juta individu di seluruh dunia menghidap penyakit buah pinggang kronik. Di Malaysia sahaja, dianggarkan seramai 4.6 juta rakyat Malaysia dengan nisbah 1 daripada 7 orang kini merupakan pesakit buah pinggang kronik.

Peningkatan prevalens penyakit kronik khususnya diabetes berkait rapat dengan peningkatan komplikasi diabetes termasuk penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) iaitu daripada 6.3% pada tahun 1996 kepada 17.5% pada tahun 2015.

Bagi menampung keperluan dialisis yang semakin meningkat, KKM telah melancarkan “PD First Policy ” di mana Peritoneal Dialisis adalah pilihan rawatan utama bagi dialisis. Rawatan ini membolehkan pesakit menjalani rawatan dialisis di rumah sekaligus dapat menjimatkan masa pesakit daripada berulang alik ke pusat rawatan sebanyak 3 kali seminggu. Polisi ini turut dapat mengurangkan risiko jangkitan silang seperti hepatitis atau jangkitan saluran udara seperti COVID-19 yang boleh berlaku di pusat rawatan.

Turut hadir YBhg. Dato’ Peter Ng, Pengerusi Eksekutif Hospital UCSI, Merangkap Pengasas Kumpulan UCSI, YBhg. Dato’ Dr. Harlina Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Prof. Dr Hj Amaluddin Bin Ahmad, Pengarah Perubatan Hospital UCSI, Prof. Ir. Dr. Jimmy Mok Vee Hoong, Naib Pro Chancellor, UCSI University Kampus Springhill, YBhg. Dato’ Muhammad Nazri Kasim, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Ybhg. Datuk D.J Dave, Dato Nash dan Dr S Kanagarajan Dari Yayasan Kebajikan Tanah Air.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-20 11:57:42 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page