MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Kaji Selidik Global Adult Tobacco Survey (GATS)

10 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan majlis pelancaran kaji selidik Global Adult Tobacco Survey (GATS), di Lexis Hotel, Port Dickson.

GATS adalah tinjauan kebangsaan isi rumah yang menyasar individu berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia. GATS membolehkan pengumpulan data mengenai penggunaan tembakau dan langkah-langkah kawalan tembakau yang utama. Kajian ini telah dilaksanakan di lebih daripada 30 negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan beban penggunaan tembakau yang paling tinggi yang meliputi topik-topik berikut:

1.    Prevalens penggunaan tembakau (produk tembakau rokok dan tanpa asap);
2.    Pendedahan kepada asap rokok sekunder; dan
3.    Polisi, pemberhentian penggunaan, pengetahuan, sikap dan persepsi, pendedahan kepada media dan ekonomi.

Tinjauan ini melibatkan semua negeri dan wilayah persekutuan dan sejumlah 5,780 isi rumah telah dipilih secara rawak untuk mewakili kawasan bandar dan luar bandar. Antara tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penggunaan tembakau dan memantau keberkesanan intervensi kawalan tembakau.

Secara khususnya juga, tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan data berkenaan peratus penggunaan tembakau, rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan, dan indikator-indikator utama kawalan tembakau lain.

Data terkini dan tren penggunaan tembakau daripada GATS akan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuhkan strategi kawalan tembakau di negara ini.

Penemuan GATS akan membantu dalam menyokong penggubalan dasar dan strategi kesihatan awam untuk mengurangkan lagi beban merokok dan menggalakkan pembangunan generasi yang lebih sihat dan bebas asap rokok di Malaysia.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan YBrs. Dr Muhammad Fadhli Mohd Yusoff, Pemangku Pengarah Institut Kesihatan Umum (IKU).

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-06-20 12:01:58 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page