MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Program "Against All Odds - A Tribute To Cancer Survivors"

10 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Program "Against All Odds - A Tribute to Cancer Survivors" di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Program ini bukan sahaja meraikan pejuang-pejuang kanser, tetapi turut berkongsi usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani cabaran-cabaran berhubung kanser di Malaysia.

KKM juga komited untuk melaksanakan strategi yang berkesan, menggalakkan kesedaran dan meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti untuk semua yang terlibat dengan penyakit ini.

YB Dr. Zaliha Mustafa berkata dalam ucapan beliau, bahawa KKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti kempen di seluruh negara untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan melalui program vaksinasi untuk mengurangkan kesan penyakit kanser kepada masyarakat.

Kerajaan telah melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk mempromosikan kesihatan dan gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia. Program vaksinasi HPV dan Hepatatis B adalah usaha berterusan KKM untuk mencegah kanser servik dan kanser hati.

KKM juga komited untuk memperkasakan lagi program saringan kanser untuk memastikan rakyat Malaysia mendapatkan rawatan yang cepat dan tepat.

Turut hadir YBrs. Puan Hoo Ling Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Gleneagles, YBhg. Dato Dr. Alex Matthews, Penasihat Klinikal, Hospital Gleneagles, YBrs. Dr. Rachael Khong Kit-Tsan, Ketua Onkologi dan Pakar Onkologi Perunding, Hospital Gleneagles dan YBrs. Puan Zuraini Kamal, Pengasas Cancer Survivors Malaysia.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-20 12:06:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page