MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kunjungan Hormat Daripada TYT Jiri Kozak, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Czech

13 Jun 2023 - YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Jiří Kozák, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Czech di Parlimen.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala bagi mempromosikan kesihatan global, termasuk pertukaran kepakaran, penyelidikan & pembangunan (R&D), perkongsian amalan terbaik (best practices) dan penyelarasan piawaian peranti perubatan (harmonisation of standards of medical devices).

Selain itu, perbincangan turut menyentuh peluang pelaburan di dalam negara dalam sektor pembuatan peralatan dan peranti perubatan oleh syarikat-syarikat dari Republik Czech.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Nor Farizah Ngah (Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), TYT Milan Hupcej (Duta Besar Republik Czech ke Malaysia), Marek Syoboda (Pengarah Ekonomi dan Diplomasi Sains, Kementerian Luar Negeri, Republik Czech), Petr Foit (Naib Presiden Persatuan Pengilang dan Pembekal Peranti Perubatan, Republik Czech) dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

image image image
image image

 


Kemaskini pada 2023-06-20 15:48:30 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page