MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIDANGAN DELEGASI DAN SAINTIFIK ANTARABANGSA KE-3, GLOBAL ASSOCIATION OF CLINICAL OFFICERS AND PHYSICIAN ASSOCIATES (GACOPA)

19 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Delegasi dan Saintifik Antarabangsa ke-3, Global Association of Clinical Officers and Physician Associates (GACOPA) di Putrajaya.

Bertemakan Harmonizing Clinical Officers and Physician Associates Towards Attaining Global Health Coverage, persidangan selama 4 hari ini dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta dalam kalangan pembantu perubatan seluruh dunia.

Di Malaysia, sejak kemerdekaan, jumlah kematian bayi telah menurun dengan ketara iaitu daripada 75.5 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran kepada hanya 6.1 pada 2021. Jumlah kematian ibu juga telah menunjukkan penurunan iaitu daripada 210 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran kepada 24.9 pada tahun 2020. Pencapaian ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Selama lebih 200 tahun, Pembantu Perubatan telah memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan Malaysia. Pada masa ini, lebih 24,000 Pembantu Pegawai Perubatan berkhidmat di sektor awam dan swasta sektor penjagaan kesihatan.

Persidangan ini juga akan membuka ruang kepada delegasi untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam kalangan ahli profesion.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-23 11:55:27 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page