MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Fasiliti Kesihatan Di Negeri Johor, Bertempat Di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru

18 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Fasiliti Kesihatan di Negeri Johor, bertempat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Program yang berlangsung di HSA ini melibatkan penyerahan tiga (3) projek fasiliti kesihatan iaitu Projek Pembinaan Bangunan Baru Makmal Patologi, Hospital Sultanah Aminah, Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Taman Ungku Tun Aminah dan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters Palong Timur, Segamat.

Bangunan Baru Makmal Patologi HSA ini telah berjaya disiapkan pada 17 April 2023 yang lalu.

Makmal patologi ini dilengkapi unit-unit makmal seperti Chemical Pathology Laboratory, Microbiology Laboratory, Hematology Laboratory dan Anatomical Pathology Laboratory dan ia turut memiliki Laboratory Information System (LIS) yang akan membantu meningkatkan capaian sebanyak 16% bagi membantu pelanggan yang hadir menerima keputusan makmal dalam masa yang lebih singkat.

Kerajaan juga telah meluluskan sebanyak 56 perjawatan tambahan bagi pengoperasian Makmal Patologi ini.

Selain itu, keupayaan Jabatan Patologi di Negeri Johor ini berupaya untuk mengembangkan perkhidmatannya iaitu di bawah Unit Mikrobiologi, beberapa ujian baharu juga akan dibangunkan. Perkhidmatan baharu yang akan ditawarkan di bawah Unit Patologi Anatomi ialah perkhidmatan Soft Tissue and Bone Pathology dan Lung and Thoracic Pathology Wilayah Selatan, serta penambahan panel Immunohistochemistry Antibody (tumor marker).

Di samping itu, Klinik Kesihatan (Jenis 3) Taman Ungku Tun Aminah, Johor yang telah disiapkan pada 30 April 2023 melibatkan kos sebanyak RM14.6 juta. Klinik ini akan dikenali sebagai Klinik Kesihatan Skudai Baharu bersesuaian dengan lokasi sebenar klinik. Klinik ini juga akan dapat memberi keselesaan serta mampu menampung seramai 500 hingga 800 pesakit sehari.

Klinik ini juga  menawarkan perkhidmatan tambahan yang tidak disediakan di fasiliti sedia ada seperti enam (6) unit Dental Chair, Unit Radiologi, Rehabilitasi meliputi Fisioterapi dan Occupational Therapy termasuk Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Kemudian, bagi Klinik Kesihatan Palong Timur, Segamat, Johor pula telah disiapkan pada 18 Februari 2023 yang lalu dan merupakan klinik gantian perkhidmatan klinik desa di Balairaya atau Anjung Belia Felda Palong Timur. Klinik baharu ini bakal memberikan manfaat kepada 10 ribu penduduk Palong Timur, Segamat di mana mampu menampung 200-300 sehari berbanding 50-60 pesakit sehari di klinik desa lama. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Unit Kecemasan, Farmasi, Pengimejan, Unit Pemulihan serta Klinik Berhenti Merokok dan Ketagihan serta Klinik Remaja Sihat.

YB Menteri Kesihatan turut mengumumkan bahawa Klinik Kesihatan Palong Timur akan beroperasi pada 19 Jun 2023. Manakala bagi Bangunan Baru Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah dan Klinik Kesihatan Taman Ungku Tun Aminah akan beroperasi mulai minggu kedua bulan Julai 2023.

Turut hadir, YB Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan Negeri Johor, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBrs. Tuan Ir. Haji. Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) JKR, YBrs Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz, Pengarah Kerja Raya Johor dan YBrs Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-27 09:55:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page