MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, Johor

18 Jun 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, Johor.

KK Gelang Patah telah dibina pada 19 April 1975. KK ini menyediakan beberapa perkhidmatan penting kepada penduduk setempat seperti, rawatan kesihatan primer, penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit, kesihatan ibu dan anak, kesihatan sekolah, unit makmal dan farmasi, klinik pergigian, fisioterapi, dietetik, perkhidmatan pemulihan carakerja dan pelbagai lagi.

Purata kedatangan pesakit ke KK Gelang Patah secara harian adalah sebanyak 550. Di samping itu, untuk membantu meringankan beban KK Gelang Patah, ia dibantu oleh klinik kesihatan dan klinik desa (KD) berhampiran seperti KD Kampung Pulai, KD Lima Kedai, KD Tiram Duku dan KK Paya Mengkuang.

Dalam lawatan beliau ke KK Gelang Patah, YB Menteri Kesihatan telah diberikan satu taklimat ringkas oleh Ketua Klinik serta Ketua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan isu serta masalah yang dihadapi di klinik tersebut.

Penyelesaian kepada masalah-masalah ini telah pun dibincangkan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum atas perkara yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah-masalah ini secara jangka pendek dan juga jangka panjang.

YB Menteri Kesihatan juga turut meluangkan masa menyantuni pesakit-pesakit yang datang ke KK Gelang Patah untuk mendapatkan rawatan serta petugas-petugas kesihatan yang sedang berkhidmat di KK tersebut.

Turut hadir, YB Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan Negeri Johor, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan YBrs Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-06-27 09:53:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page