MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Perasmian Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

18 Jun 2023 - YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mewartakan tarikh 14 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Penderma Darah Sedunia bagi meraikan serta menghargai para penderma darah dan penganjur kempen derma darah.

Tema Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini adalah "Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan". Ia memfokuskan kepada pesakit yang memerlukan sokongan transfusi sepanjang hayat dan menggariskan peranan yang boleh dilakukan oleh setiap individu dengan pendermaan darah atau plasma yang sangat berharga.

Ia juga menekankan kepentingan menderma darah atau plasma secara berkala untuk menzahirkan darah yang selamat disamping produk darah yang sentiasa mampan diperolehi di seluruh negara bagi memastikan semua pesakit yang memerlukan boleh menerima rawatan tepat pada masanya.

Sebanyak 4 kategori anugerah disampaikan kepada para penderma darah terpilih sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 kali ini. Penerima terdiri daripada penderma darah terbanyak lelaki, penderma darah terbanyak wanita, penderma Aferesis terbanyak dan penganjur kempen derma darah paling komited bagi setiap negeri. Penganjuran majlis ini adalah bagi menghargai para penderma darah yang sentiasa responsive dalam pendermaan.

Selain itu, PerkhidmatanTransfusi Kebangsaan juga mengiktiraf jasa penganjur-penganjur yang gigih membantu promosi kutipan darah dan mengatur kempen-kempen derma darah dengan jayanya. Penganjur ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, pusat membeli-belah, institusi pengajian tinggi, institusi keagamaan, sekolah, dan badan bukan kerajaan.

Bekalan darah yang mencukupi, berkualiti dan selamat sangat penting bagi memastikan rawatan optimum kepada pesakit yang memerlukan transfusi. Bekalan darah di Malaysia didapati dari penderma darah secara sukarela tanpa berbayar dari penderma darah yang memenuhi criteria pendermaan darah.

Keperluan darah yang berterusan di peringkat hospital adalah penting bagi rawatan pendarahan dalam situasi kecemasan seperti kemalangan dan komplikasi bersalin; rawatan untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berkala seperti thalassemia, kanser, bayi pramatang, kegagalan buah pinggang dan pesakit yang menjalani pembedahan major. Secara purata sebanyak 2000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan di hospital-hospita kerajaan serta hospital-hospital swasta di seluruh negara.

Pada tahun ini, sambutan diadakan bersempena ulang tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), yang juga bertindak sebagai penganjur bersama di samping kerjasama erat Pusat Darah Negara dan Perkhidmatan Transfusi Negeri Johor. Jasa para penderma wajar diraikan disamping mempergiatkan usaha untuk melahirkan penderma-penderma baru bagi membantu kesinambungan transfusi darah kepada para pesakit.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YBhg Dato' Dr. Asmayani, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Ali bin Raja Mohamed, Naib Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, YBrs. Dr. Tun Maizura binti Mohd Fathullah, Timbalan Pengarah I, Pengarah Pusat Darah Negara dan Tuan Haji Sulaiman, Naib Pengerusi 1, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-27 09:50:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page