MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan ke Klinik Kesihatan Tanglin Kuala Lumpur

22 Jun 2023- YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Tanglin di Kuala Lumpur.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan semasa fasiliti kesihatan yang akan melaksanakan kerja pembaikan selain memantau perkembangan penyampaian perkhidmatan kesihatan di klinik tersebut terutamanya perkhidmatan di peringkat ‘primary healthcare’.

YB Timbalan Menteri disambut oleh YBhg Datin Dr Haliza binti Abd Manaf, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta YBrs. Dr. Noriklil Bukhary binti Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Seterusnya YB Timbalan Menteri dibawa melawat sekitar klinik dan diberikan taklimat ringkas berhubung pengoperasian Klinik Kesihatan Tangling.

YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa melawat Bilik Rawatan Pesakit Luar, Bilik Pengambilan Darah, Unit Patologi, Klinik Pergigian, Pusat Rehab dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Klinik Kesihatan Tanglin Adalah bangunan bersejarah. Klinik tersebut merupakan antara hospital terawal di Malaya, kini berusia lebih daripada 130 tahun. Hospital ini kemudiannya dikenali sebagai Poliklinik Tanglin dan dijenamakan semula pada tahun 2003 dan dikenali sebagai Klinik Kesihatan Tanglin. Klinik ini menerima pelanggan sekitar 500-600 orang sehari dan menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar, promosi kesihatan & pencegahan dan pengawalan penyakit yang berterusan kepada penduduk disekitar kawasan operasi.

Klinik Kesihatan Tanglin ini adalah di antara klinik yang tersenarai di bawah Inisiatif Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif KKM yang telah diluluskan di dalam Belanjawan 2023.Secara keseluruhannya, terdapat 5 buah klinik yang akan dibaik pulih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2023.

Pembinaan dan inisiatif baik pulih fasiliti kesihatan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan amat mengambil berat terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui pembangunan projek yang kondusif dan berpaksikan rakyat (people centric).

Turut hadir sama bagi sesi lawatan kerja ini adalah YBrs. Dr Fariza binti Dato Fadzil, wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM dan Puan Aida Jasmin binti Md. Jamil, wakil Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-07-04 15:46:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page