MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN KUNDASANG, SABAH

6 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Kundasang, Sabah.

Lawatan kerja ini adalah untuk memantau keadaan fasiliti dan peralatan perubatan bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan sesuai mengikut keperluan semasa petugas-petugas kesihatan dan pesakit-pesakit di klinik tersebut.

Klinik kesihatan yang terletak di Kg Lembah Permai, Kundasang ini telah mula beroperasi pada 22 April 1997 dengan keluasan tapak fasiliti 2.4 hektar. Pada Mac 2018, klinik ini telah memulakan “Family Doctor Concept” di mana kawasan jagaan dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B.

Sehingga Jun 2023 jumlah kedatangan pesakit bilik rawatan adalah seramai 8,283 orang. Terdapat 40 perjawatan dan pengisian yang terdapat di klinik tersebut dengan tiga (3) jenis perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Kesihatan Ibu dan Anak, Unit Kesihatan Primer dan Sokongan Klinikal seperti kaunseling pemakanan, farmasi dan makmal untuk menjalankan ujian perubatan kesihatan dan sebagainya.

Turut hadir ialah YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli parlimen P.179 Ranau, YBrs. Dr Noraziah Bakri, Pegawai kesihatan kawasan Tauran dan YBrs. Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah JKN Sabah (Pengurusan).

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-07-18 19:12:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page