MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TAWAU, SABAH.

7 Julai 2023-  YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tawau, Sabah.

Lawatan dimulakan dengan melawat tapak Projek Naiktaraf Hospital Tawau di mana bangunan hospital Tawau yang baharu dijangka akan siap sepenuhnya pada 21 Disember 2023 dengan pelbagai penambah baikan yang akan memberikan manfaat yang baik dan fasiliti yang selesa kepada kakitangan kesihatan dan juga masyarakat setempat. Antara perancangan naik taraf bagi hospital tersebut adalah  farmasi pandu-lalu, kawasan helipad, eskalator dan sebagainya.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Hospital Tawau yang terletak bersebelahan dengan tapak hospital yang baharu. Hospital Tawau telah mula beroperasi pada tahun 1922 dan turut dikenali sebagai Hospital Silimpompon.

Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat awam antaranya ialah perubatan dalaman, pembedahan am, ortopedik, pergigian dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, projek naik taraf yang sedang dijalankan ini diharap dapat meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit selain mengurangkan waktu menunggu giliran pembedahan dan prosedur perkhidmatan.

Turut hadir ialah YB Tuan Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau dan YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan, YBrs. Dr Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr. Abd. Kahar Bin Abd. Asis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBrs. Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah Pengurusan dan YBrs. Dr. Norlimah binti Arsad, Pengarah Hospital Tawau, Sabah.

 

 

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-20 11:30:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page