MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KONGRES PERUBATAN MALAYSIA-SINGAPURA KE-56 DAN KONGRES ANTARABANGSA MYWOMAN 2023 BAGI SESI PLENO KHAS BERTAJUK WANITA DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) DI HOTEL ROYAL CHULAN, KUALA LUMPUR.

7 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-56 dan Kongres Antarabangsa MyWoman 2023 bagi sesi pleno khas bertajuk Wanita dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Hadir sama, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi Orasi Tun Dr Ismail ke-24.

Dalam sesi pleno khas yang disampaikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, beliau telah menekankan bahawa penyakit tidak berjangkit juga menimbulkan beban kesihatan yang besar di seluruh dunia dan kesannya terhadap wanita tperlu diberi perhatian.

Penyakit tidak berjangkit adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia yang mengakibatkan 150 juta kematian pra-matang dalam kalangan mereka yang berusia antara 30 hingga 70 tahun dan kebanyakannya di negara-negara yang membangun.

Pada tahun 2019, 7 daripada 10 penyebab utama kematian yang dilaporkan di seluruh dunia juga adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.

 

 

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-25 15:11:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page