MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN SEREMBAN DIABETES (SEDIA) COHORT DI HOTEL ROYAL CHULAN, SEREMBAN.

8 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Seremban Diabetes (SeDia) Cohort di Hotel Royal Chulan, Seremban.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis pelancaran pada pagi ini, melambangkan keprihatinan dan kasih sayang Tuanku kepada rakyat.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara komprehensif kesemua faktor terlibat dalam kejadian penyakit diabetes serta komplikasi yang dialami pesakit. Untuk makluman, adalah dianggarkan 3.9 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes. Kadar penyakit diabetes di Malaysia juga adalah yang tertinggi di rantau Asia Pasifik dan antara yang tertinggi di seluruh dunia. Kadar prevalens diabetes menunjukkan arah aliran peningkatan yang ketara daripada 11.2% dalam tahun 2011 kepada 18.3% dalam Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019.

Menjelang tahun 2025, diunjurkan seramai 7 juta rakyat dewasa Malaysia menghidapi diabetes yang akan membebankan sistem kesihatan negara. Kos merawat pesakit diabetes sahaja tidak termasuk kos merawat komplikasi diabetes dianggarkan sekitar RM3 bilion setahun. Oleh yang demikian, kajian SeDia Cohort ini akan mengkaji secara komprehensif kesemua faktor-faktor berkaitan, daripada faktor genetik dan sejarah diabetes dalam keluarga kepada faktor gaya hidup dan persekitaran, pemakanan, aktiviti fizikal, sosio-ekonomi, dan penyampaian kesihatan.

YB Menteri Kesihatan turut merakamkan ucapan syabas dan selamat maju jaya kepada Jawatankuasa Pemandu Kohort SeDia dan para penyelidik kerana menganjurkan kajian yang akan memberi manfaat serta dapat digunakan untuk menambah baik sistem kesihatan terutamanya berkaitan pencegahan dan pengurusan diabetes. Beliau juga berharap agar status pelaksanaan, output dan hasil kajian Kohort SeDia dapat dikongsikan dengan semua pihak berkepentingan demi memantapkan lagi tahap penjagaan diabetes dan mengurangkan prevalens penyakit diabetes di Malaysia.

Turut hadir, YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi IMU Health Sdn Bhd, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBhg. Datuk Dr. Lokman Hakim S, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, IMU, YBrs. Prof. Dr. Abdul Aziz Baba, Naib Canselor IMU, YBrs. Prof. Gerard George, Pengarah Urusan Kumpulan, IMU dan YBrs. Mr. Jean Francois Na, Ketua Pegawai Eksekutif, IHH Malaysia.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-26 11:39:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page