MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN TAMANG, PULAU SEBATIK, SABAH

9 Julai 2023-YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Tamang, Pulau Sebatik, Sabah.

Lawatan kerja ini adalah untuk melihat keadaan fasiliti yang memerlukan penambahbaikan bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut dan penduduk di sekitar kawasan klinik yang dilaporkan mempunyai populasi hampir 10,000 orang.

Klinik Kesihatan Sungai Tamang ini telah mula beroperasi pada tahun 1969 dengan hanya seorang jururawat masyarakat. Pada tahun 2001 dan seterusnya bilangan petugas kesihatan di klinik semakin bertambah atas peningkatan kapasiti penduduk.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik kesihatan ini adalah rawatan am, rawatan kecemasan, perkhidmatan makmal, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan lawatan ke rumah dan sebagainya.

Turut hadir, YBrs. Dr Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Dr. Shameer Khan Bin Sulaiman Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau.

 

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-26 11:57:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page