MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN MADANI AFIAT, GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0 & ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

9 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023 bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak Selangor hari ini.

Program yang dicetuskan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa ini merupakan salah satu inisiatif utama dalam merealisasikan Tonggak Kedua Kertas Putih Kesihatan 2023 yang menggariskan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada Sick Care kepada Health Care.

Terdapat dua (2) pengisian yang menjadi tonggak matlamat program ini adalah Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up. Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 ini diadakan dua (2) kali setahun dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti untuk menghapiskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah kes dan wabak demam denggi.

Aktiviti One Hour Malaysia Clean Up pula merupakan usaha usaha KKM dalam menggerakkan masyarakat awam mengadakan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran pada setiap hari sabtu minggu keempat setiap bulan sejajar dengan salah satu inisiatif di bawah Teras 4, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Memantapkan Kebersihan Persekitaran.

Selain itu, KKM berpeluang menjalankan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung antaranya ialah Fitness Challenge, Skim Perubatan Madani, Perkhidmatan Perubatan, Lembaga Zakat Selangor dan sebagainya.

YB Dr. Zaliha Mustafa juga sempat mengunjungi beberapa buah rumah di kawasan setempat untuk menyantuni masyarakat awam melalui program walkabout bersama YAB Menteri Besar Selangor dan pengurusan tertinggi KKM yang lain.

Turut hadir ialah YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazaman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

 

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-26 12:11:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page