MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LATIHAN SIMULASI GEBENG 2023 DI HOTEL ZENITH, KUANTAN

10 Julai 2023- YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Latihan Simulasi Gebeng 2023 di Hotel Zenith, Kuantan.

Latihan ini diadakan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang bermula 10 hingga 12 Julai 2023 memberi fokus kepada kejadian bencana melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear, dan bahan letupan (CBRNe).

Program ini merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan Global Affairs Canada (GAC). Ianya adalah salah satu aktiviti Rangkaian Pusat Operasi Kecemasan ASEAN (ASEAN EOC Network) di mana Malaysia merupakan negara peneraju yang dilantik bagi pelaksanaan aktiviti di bawah rangkaian tersebut. Penganjuran latihan simulasi ini adalah amat penting dalam kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi krisis dan kecemasan kesihatan awam di rantau ini, terutamanya di Malaysia.

Peserta bagi latihan simulasi ini terdiri daripada 234 orang yang melibatkan kakitangan yang bertugas di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, swasta, universiti, dan agensi-agensi berkaitan di Malaysia. Latihan simulasi ini juga turut disertai oleh wakil daripada negara-negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Filipina, Brunei, Lao PDR, Thailand, Vietnam, dan Singapura.

Salah satu peranan utama KKM adalah untuk memastikan keselamatan kesihatan di semua peringkat masyarakat dan mengurangkan impak negatif daripada sebarang insiden CBRNe. Oleh itu, latihan simulasi ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan KKM dalam menguruskan bahaya CBRNe, terutamanya yang berpotensi menyebabkan kecemasan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Sektor kesihatan memainkan peranan penting dalam pengurusan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa, meminimumkan kecederaan, penyakit, dan kematian.

Selain itu, sektor kesihatan melalui kerjasama dengan sektor lain, boleh menjana dan berkongsi maklumat yang diperlukan dalam membuat keputusan berdasarkan bukti (evidence-based) untuk mobilisasi sumber dan intervensi yang lebih baik.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YH Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Penasihat Kanan, Program Mitigasi Ancaman Biologi ASEAN, YBrs. En. Michael Glen Penyelaras Program (Keselamatan Kesihatan), Program Mitigasi Ancaman Biologi ASEAN.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-07-26 14:41:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page