MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE REPUBLIK SINGAPURA

10 Julai 2023-YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia bersama para delegasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Republik Singapura mulai 9 hingga 11 Julai 2023.

Bersempena lawatan kerja berkenaan, satu perbincangan dua hala telah diadakan antara YB Dr. Zaliha Mustafa dengan rakan sejawat Republik Singapura iaitu H.E Tuan Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Republik Singapura. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan kawalan penyakit tidak berjangkit, terutamanya penyakit diabetes dan hipertensi, kesediaan menghadapi penyakit berjangkit, 'ageing society', kawal selia kualiti makanan bagi mengurangkan kandungan gula dan ketersediaan bekalan vaksin.

Malaysia dan Singapura sentiasa komited dalam membangunkan serta memperkasa bidang kesihatan awam antara dua hala bagi menjamin kesejahteraan kesihatan negara serantau.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini daripada KKM adalah YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan H.E Dato' Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura.Manakala Republik Singapura diwakili oleh Tuan Ng How Yue, Setiausaha Tetap (Pembangunan Kesihatan) dan Dr. Lyn James, Pengarah (Kerjasama Antarabangsa).

 

 

image image image

Kemaskini pada 2023-07-26 14:51:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page