MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BESERAH, KUANTAN.

10 Julai 2023- YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Beserah, Kuantan.

Klinik Kesihatan Beserah ini merupakan klinik kedua yang dilawati oleh beliau dalam lawatan kerja rasmi ke Pahang dari 9 Julai hingga 10 Julai 2023. YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa menyantuni petugas-petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan dan melihat keadaan fasiliti di sana.

Klinik Kesihatan Beserah merupakan KK Jenis 2 yang telah mula beroperasi sejak 9 September 2004. Klinik ini dapat memberikan manfaat kepada kira-kira 65,562 orang populasi penduduk di sekitarnya dan turut menyelia Klinik Desa Kg Alor Batu.

Klinik Kesihatan Beserah menerima kedatangan pesakit sekitar 450-500 orang sehari bagi kes pesakit luar dan 150-200 orang sehari bagi kes kesihatan ibu dan anak.

Klinik Kesihatan Beserah ini juga merupakan salah satu fasiliti yang telah menerima peruntukan khas Klinik Daif 2023 sebanyak RM 100,000 bagi pembaikan sistem hawa dingin berpusat (WCPU) yang dijangka siap pada 16 Ogos 2023.

Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, perkhidmatan sokongan (farmasi, makmal dan dietetik, fisioterapi dan pemulihan cara kerja, radiologi dan psikologi kaunseling, kerja sosial perubatan) dan perkhidmatan pergigian.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM dan YH Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus.

 

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-07-26 16:34:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page