MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

10 Julai 2023- YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Klinik Desa Tanjung Lumpur, Kuantan.

Klinik Desa Tanjung Lumpur ini merupakan klinik pertama yang dilawati oleh beliau dalam lawatan kerja rasmi ke Pahang dari 9 Julai hingga 10 Julai 2023. Klinik Desa Tanjung Lumpur ini telah mula beroperasi sejak September 2009 di bawah seliaan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Gambut.

Namun begitu, buat masa ini telah ditutup untuk proses penambahbaikan serta baik pulih. Projek ini telah bermula sejak 1 Jun 2023 dan dijangka siap pada 19 September 2023.

Klinik yang memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 25,440 orang penduduk ini juga mempunyai purata harian kedatangan pesakit sekitar 30 orang bagi kes kanak-kanak, 25 orang bagi kes ibu mengandung dan 10 orang bagi kes perancang keluarga.

Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah, perkhidmatan kesihatan keluarga, program kesihatan warga emas, perkhidmatan sokongan klinikal dan pendidikan kesihatan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YH Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-07-26 16:55:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page