MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KONGRES SAINS TAHUNAN MALAYSIAN SOCIETY OF HYPERTENSION (MSH) DI KUALA LUMPUR

14 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Kongres Sains Tahunan Malaysian Society of Hypertension (MSH) di Kuala Lumpur.

Bertemakan “Mengendalikan Perlindungan Kardiovaskular dalam Hipertensi dan Penyakit Kardiometabolik”, kongres ini memberi fokus kepada keperluan untuk menangani peningkatan kes hipertensi dan perkembangan terkini dalam bidang hipertensi serta perlindungan kardiovaskular.

Kongres saintifik ini memberi peluang kepada para pengamal penjagaan kesihatan yang hadir dalam kalangan pegawai perubatan, doktor penjagaan primer, pakar jantung, pakar dalaman, ahli farmasi, jururawat dan pakar pemakanan untuk berkongsi pengetahuan mereka dalam amalan klinikal harian.

Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun 2019 di Malaysia melaporkan kadar prevalens hipertensi sebanyak 30% dalam kalangan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Satu daripada tiga dewasa yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak menyedarinya kerana tidak menunjukkan gejala yang jelas.Kajian Malaysian Community Salt Survey (MyCoSS) pula menunjukkan bahawa 79% rakyat Malaysia mengambil 1.6 sudu teh atau 3167 miligram garam setiap hari.Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat, kurangkan pengambilan garam, menjalani aktiviti fizikal berkala dan kekalkan berat badan yang sihat bagi mengurangkan prevalen hipertensi dalam masyarakat kita.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-07-28 11:16:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page