MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI 2023 : PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT DAN PERMINTAAN JAGAAN KESIHATAN (NHMS) 2023 DI BANGI.

14 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 : Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS) 2023 di Bangi.

NHMS adalah tinjauan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan data berkaitan kesihatan dan morbiditi penduduk. NHMS telah dijalankan secara berkala sejak tahun 1986, dan NHMS 2023 memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit dan permintaan jagaan kesihatan.

Kajian ini melibatkan kira-kira 6 ribu isi rumah yang dipilih secara rawak di seluruh Malaysia. Tempoh pengumpulan data adalah selama 3 bulan bermula Julai hingga September 2023. Sebanyak 36 pasukan pengumpul data di lapangan melibatkan lebih kurang 21,000 responden.

Aktiviti pengumpulan data merangkumi temubual secara bersemuka, soal selidik penilaian kendiri dan penilaian klinikal seperti antropometri, tekanan darah, glukosa dan kolesterol dalam darah.

NHMS 2023 dijangka dapat memberikan maklumat terperinci terkini tentang status kesihatan penduduk di Malaysia bagi membolehkan Kementerian Kesihatan menilai keutamaan dasar dan strategi program kesihatan di negara ini.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-04 15:51:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page