MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM MADANI AFIAT DAN SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI PADANG UMUM EUPE, TAMAN RIA JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH

16 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Program Madani Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang Umum EUPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Menteri Kesihatan dalam merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang disarankan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan 2023 yang menyarankan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada Sick Care kepada Health Care. Program Madani Afiat ini merupakan yang kedua dilakukan selepas dilancarkan di Selangor pada 9 Julai 2023.

Antara pengisian penting program Madani Afiat adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan melakukan ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD). Program ini juga bersesuaian dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang merupakan satu pakej ‘sihat sepanjang hayat’ bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Program yang sama juga melibatkan seramai 285 orang jururawat dan pembantu perubatan dari 2 Institut Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), iaitu ILKKM Alor Setar dan ILKKM Kangar serta sukarelawan dan pemimpin komuniti setempat. Program Mobilisasi ini merupakan satu platform pendedahan kepada para pelatih ILKKM untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

Program ini juga turut diadakan bersama dengan sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023. Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan Hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Sambutan Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria. Tema sambutan pada tahun 2023 adalah “Time to deliver zero malaria: invest, innovate, implement.” atau ”Kekalkan sifar malaria: pendanaan, inovasi, implementasi”. Malaysia telah berjaya mencapai “SIFAR” malaria manusia jangkitan tempatan untuk 5 tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2022. Walau bagaimanapun, Malaysia masih terdedah kepada risiko kemasukan semula jangkitan malaria manusia kerana terdapat kes malaria import dalam kalangan pekerja asing yang baru tiba atau warga Malaysia yang pulang dari negara endemik malaria serta malaria zoonotik.

KKM akan terus mengorak langkah dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan malaria dengan memperkasakan promosi kesihatan mengenai malaria zoonotik. Penduduk yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi di hutan-hutan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan, seperti memakai pakaian yang dapat melindungi keseluruhan badan dari gigitan nyamuk dan menggunakan ubat penghalau nyamuk (repellent).

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YBhg. Dato’ Dr. Haji Othman Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

 

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

  


Kemaskini pada 2023-08-07 09:27:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page