MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL BINTULU

17 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja ke Negeri Sarawak dari 17 Julai 2023 sehingga 21 Julai 2023 melibatkan daerah Bintulu, Mukah, Sarikei dan Sibu.

Siri lawatan kerja dimulakan dengan melawat ke Hospital Bintulu yang terletak kira-kira 15km dari pusat bandar. Hospital ini telah mula beroperasi pada tahun 1968 sebelum berpindah ke bangunan baharu di Jalan Nyabau pada 20 Mei 2000. Dengan mempunyai lebih kurang 15 kepakaran dalam pelbagai bidangl perubatan dan kesihatan hospital ini telah diberikan taraf Hospital Berpakar Major bermula pada tahun 2020. Hospital yang dianggarkan berkeluasan 80 hektar ini mempunyai 312 katil di mana 20 katil adalah untuk Unit Penjagaan Rapi dan 292 adalah katil biasa.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa untuk melihat keadaan fasiliti dan infrastruktur bangunan selain menyantuni pesakit-pesakit dan petugas kesihatan di beberapa buah unit antaranya ialah Unit Haemodialisis, Wad Paediatrik, dan Jabatan Patologi.

Turut hadir ialah YB Encik Johny Phang Leong Ming, ADUN N.68 Tanjung Batu, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Suzalinna binti Sulaiman, Pengarah Hospital Bintulu.

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 

 

 


Kemaskini pada 2023-08-07 09:37:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page