MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BINTULU.

17 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan hari pertama beliau di Bintulu dengan melawat Klinik Kesihatan Bintulu.

Klinik Kesihatan Bintulu merupakan klinik utama di Bintulu dengan keluasan tanah sebanyak 1.3 hektar. Ia mula dibina pada tahun 2007 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Klinik ini secara rasminya mula beroperasi pada 16 Julai 2012.

Klinik ini dilengkapi dengan Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu & Anak, Unit Makmal, Unit Radiologi, Unit Farmasi, Unit Kesihatan Sekolah, Unit Diabetes, dan Unit Rehabilitasi. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan Klinik Pergigian Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Satu sesi taklimat mengenai Klinik Kesihatan Bintulu diberikan oleh Dr. Noor Baizura, Pegawai Kesihatan Daerah Belaga dan taklimat mengenai perkhidmatan Kesihatan pergigian diberikan oleh Dr. Goh Ee Shung, Pegawai Kesihatan pergigian Bahagian Bintulu.

Selepas sesi taklimat, YB Lukanisman telah melawat sekitar KK dan juga beramah mesra dengan warga kerja serta pesakit yang datang mendapat perkhidmatan Kesihatan di KK tersebut.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee Bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Keshatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

 

 

 

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-09 10:02:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page