MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIDANGAN SAINTIFIK PERTAMA OLEH PERSATUAN PENGURUSAN DARAH PESAKIT MALAYSIA (MALAYSIA SOCIETY OF PATIENT BLOOD MANAGEMENT, MYPBM) DI HOTEL MERCURE PENANG BEACH

17 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Saintifik Pertama oleh Persatuan Pengurusan Darah Pesakit Malaysia (Malaysia Society of Patient Blood Management, MyPBM) di Hotel Mercure Penang Beach, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Penyakit anemia merupakan antara penyebab utama yang mengakibatkan kehidupan seseorang itu dipengaruhi dengan kecacatan, ia juga mempengaruhi lebih daripada 2 bilion orang di seluruh dunia dan lebih daripada separuh mengalami anemia kekurangan zat besi. Isu kesihatan global ini dikaitkan dengan perkembangan kognitif dan motorik yang buruk kepada kanak-kanak, penurunan produktiviti kepada orang dewasa, peningkatan morbiditi dan kematian.

Antara perkara penting yang diketengahkan dalam Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper, HWP) adalah kepentingan membina negara yang sihat dengan memberi kesedaran dalam kalangan generasi muda dan melaksanakan ekosistem kesihatan yang inovatif dengan memasukkan kemajuan teknologi dan inovasi terkini dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini bertetapan dengan pendekatan Pengurusan Darah Pesakit (Patient Blood Management, PBM) yang dikongsikan dalam persidangan ini.

Persidangan ini juga bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan dan membincangkan inisiatif serta kemajuan PBM dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan. Pengalaman dan amalan yang telah diterapkan juga turut dikongsikan untuk dijadikan sebagai standard yang optimum dalam era perubatan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hasan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Dr. Jameela Sathar, Pengerusi Persatuan Pengurusan Darah Pesakit Malaysia

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-09 10:53:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page