MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KLINIK KESIHATAN BANDAR PERDA, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

17 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Bandar Perda, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Klinik Kesihatan (KK) Bandar Perda ini telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 29 September 2021 dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 16 Oktober 2021. Klinik Kesihatan Jenis 2 ini telah mula beroperasi pada awal tahun 2022 dan menawarkan perkhidmatan seperti:

1. Klinik Pesakit Luar;

2. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak;

3. Klinik Pakar Pergigian;

4. Unit Kecemasan;

5. Unit Radiologi;

6. Unit Rehabilitasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Purata kedatangan pesakit bagi klinik ini adalah dianggarkan seramai 500 pesakit sehari. KKM sentiasa komited dalam menyediakan kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan. Selain daripada projek KK Bandar Perda yang berada di dalam daerah Seberang Perai Tengah ini, KKM dan JKR juga sedang menyiapkan KK (Jenis 3) Air Putih di daerah Barat Daya dan KK (Jenis 3) Bandar Tasek Mutiara di daerah Seberang Perai Selatan.

Selaras dengan Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper, HWP) yang telah diluluskan di parlimen, KKM turut sedang meningkatkan usaha untuk mereformasikan sistem kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat. KKM juga akan mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan mengutamakan penyampaian penjagaan kesihatan primer.

YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau juga telah meluluskan peruntukan tambahan untuk KK Bandar Perda berjumlah sebanyak RM150,000.00 bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk keselesaan penduduk setempat.

Turut hadir, YB Dr. Hajah Norlela binti Ariffin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hasan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg. Dato’ Azman bin Ibrahim Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Tuan Haji Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-09 11:03:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page