MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PERUBATAN SUNWAY PULAU PINANG DI SUNWAY MEDICAL CENTRE, SEBERANG JAYA

18 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang di Sunway Medical Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang ini telah mula beroperasi sejak 11 November 2022, dan ia merupakan hospital penjagaan tertiari yang komprehensif serta menawarkan lebih daripada 30 bidang pakar perubatan khususnya kepada penjagaan kanser dan rawatan penjagaan akut. Hospital ini juga komited untuk merapatkan jurang antara akses kepada perubatan berkualiti dan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

YB Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa beliau gembira melihat Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang ini melengkapkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memenuhi keperluan perubatan penduduk Pulau Pinang dengan menawarkan akses kepada pelbagai pilihan diagnostik serta rawatan perubatan seperti radioterapi, perubatan nuklear, dan pembedahan robotik.

Pembukaan Pusat Perubatan Sunway di Pulau Pinang ini juga menandakan tonggak baharu yang membawa sektor pelancongan kesihatan negeri Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya sebagai sebahagian daripada program keahlian hospital terkemuka Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Dengan kerjasama erat bersama MHTC, Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang turut mampu meningkatkan kedudukan negeri Pulau Pinang dalam industri pelancongan kesihatan sekaligus memperkuatkan reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan untuk perkhidmatan perubatan yang terbaik  serta kondusif.

Turut hadir, YB Yeoh Sooh Hin, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hasan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah AO, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim, Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-09 11:53:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page