MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM JANGKAU LUAR (OUTREACH) PERKHIDMATAN FARMASI PENILAIAN UBAT-UBATAN DI RUMAH (HOME MEDICATION REVIEW, HMR) DI LEISURE HEALTHCARE SDN. BHD., BUKIT MERTAJAM

18 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa telah mengunjungi sebuah rumah warga emas bagi program jangkau luar (outreach) Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-Ubatan Di Rumah (Home Medication Review, HMR) bertempat di Leisure Healthcare Sdn. Bhd., Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam lawatan ini, YB Menteri Kesihatan juga turut berkesempatan menyantuni warga emas di pusat jagaan tersebut dan berkongsi cara-cara penggunaan yang selamat dalam menguruskan ubat preskripsi serta bukan preskripsi seperti suplemen, vitamin dan ubat tradisional. Untuk tahun ini, sehingga Julai 2023 sebanyak 4350 lawatan HMR telah diadakan di seluruh Malaysia.

Fokus utama HMR adalah kepada pesakit berkeperluan khas terutamanya kepada 3 disiplin utama iaitu psikiatri, geriatrik, neurologi (strok) serta untuk pesakit lain yang mempunyai penyakit kronik dan menggunakan pelbagai ubat di rumah atau pusat jagaan.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan fungsi komunikasi awam dengan menggabungkan pandangan daripada sains tingkah laku untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan kesihatan preventif dan pengamalan gaya hidup yang sihat.

Perkhidmatan HMR yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu komuniti menguruskan ubat dengan lebih baik supaya mendapat rawatan yang optimum bagi penyakit yang dihidapi. Pesakit dan penjaga juga akan mendapat maklumat yang tepat berkaitan cara penggunaan dan penyimpanan ubat yang betul. HMR juga dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan penjagaan pesakit selepas pulang dari fasiliti kesihatan.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-08-09 12:01:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page