MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN ANJUNG KASIH YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA HOSPITAL SEBERANG JAYA DI HOSPITAL SEBERANG JAYA, PERAI, PULAU PINANG.

18 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir merasmikan Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara Hospital Seberang Jaya di Hospital Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang.

Anjung Kasih merupakan sebuah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli keluarga pesakit yang tidak berkemampuan namun mempunyai keperluan untuk menjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perkhidmatan Anjung Kasih ini menekankan konsep selesa, selamat dan berkualiti demi memastikan kebajikan kumpulan sasar ini terjamin. Sehingga Mei 2023, perkhidmatan Anjung Kasih ini telah dimanfaatkan seramai 89,864 orang waris pesakit daripada 18 buah Anjung Kasih di seluruh negara.

Susulan Program Perasmian Anjung Kasih di Hospital Pulau Pinang pada 3 Mac 2019, Hospital Seberang Jaya (HSJ) turut mengemukakan permohonan untuk mewujudkan Anjung Kasih di HSJ bagi memberikan nilai tambah dalam aspek kebajikan kepada pesakit dan waris pesakit. Pada 12 Mac 2019, HSJ telah mengemukakan permohonan kepada pihak Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi projek menaiktaraf sebahagian blok Asrama Jururawat untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara untuk waris pesakit.

Anjung Kasih YKN HSJ ini telah mula beroperasi pada Julai 2022 dan mendapat tajaan daripada Kumpulan Sunway iaitu rakan strategik YKN. Kumpulan Sunway menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka telah menaja sepenuhnya kerja-kerja menaiktaraf bangunan, kelengkapan perabot dan kemudahan fasiliti Anjung Kasih YKN ini dengan nilai tajaan yang berjumlah sebanyak RM1 juta.

Di samping penajaan Anjung Kasih YKN di HSJ ini, Kumpulan Sunway juga telah menyumbang beberapa siri program penjanaan dana dan sumbangan bakul makanan kepada kumpulan sasar termasuk penghuni di Anjung Singgah YKN setiap tahun. Sumbangan daripada Sunway ini merangkumi pelbagai golongan sasar kementerian dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hasan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah AO, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim, Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, YBrs. Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBrs. YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, dan YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan Haji Sharif, Pengarah Hospital Seberang Jaya.

 

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-09 12:13:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page