MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN JABATAN KECEMASAN DAN PESAKIT LUAR, HOSPITAL BALIK PULAU, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.

18 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar, Hospital Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Bangunan baharu Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar, Hospital Balik Pulau ini telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6 Mac 2023. Bangunan baharu ini juga turut menempatkan perkhidmatan seperti Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Forensik dan Jabatan Patologi serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kualiti kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di Pulau Pinang. Dengan beroperasinya Bangunan Baharu Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar ini, ia akan membantu dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan terutamanya yang melibatkan kes-kes kecemasan dan trauma.Jabatan Kecemasan baharu ini akan memberikan kesan positif kepada rakyat Balik Pulau di mana penduduk tidak perlu lagi bergerak ke Hospital Pulau Pinang yang lebih jauh dari kawasan mereka.

YB Menteri Kesihatan juga turut mengumumkan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menaik taraf bangunan Jabatan Kecemasan yang lama untuk digunakan sebagai Unit Rehabilitasi dan Klinik Dietatik serta kemudahan lain yang berkaitan.

Turut hadir, YB Dr. Hajah Norlela Ariffin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Radzi Abu Hasan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Azman Ibrahim Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Tuan Haji Zairi Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-09 15:04:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page