MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KESIHATAN BALINGIAN, MUKAH, SARAWAK.

18 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan ke Klinik Kesihatan Balingian, Mukah, Sarawak.

Klinik Kesihatan Balingian telah mula beroperasi pada tahun 1954 dengan hanya dua (2) orang petugas kesihatan berdekatan dengan tebing Sungai Balingian sebelum dipindahkan ke bangunan baharu pada tahun 1990.

Bangunan klinik ini dilengkapi dengan fasiliti seperti bilik konsultasi, ruang prosedur dan pemeriksaan, stor ubat, ruang menunggu dan sebagainya. Selain itu, klinik ini juga mempunyai sebuah kuarters (Kelas 4) dan 4 unit berek (Kelas F) bagi kemudahan petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut.

Sehingga Jun 2023, klinik telah menerima hampir 3,000 pesakit di sekitar kawasan Balingian dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan antaranya ialah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Pesakit Luar dan sebagainya.

Turut hadir ialah YB Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi, ADUN Balingian, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-09 15:12:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page