MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KOMUNITI MUKAH.

18 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Komuniti Mukah.

Klinik Komuniti Mukah merupakan sebuah fasiliti kesihatan yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan masyarakat awam khususnya penduduk di bandar Mukah dan komuniti berhampiran.Klinik komuniti ini telah beroperasi pada 25 Oktober 2012. Dengan 36,000 populasi di kawasan sekitar klinik. Klinik komuniti ini menerima kira-kira 10-20 orang pesakit setiap hari. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Rawatan Pesakit Luar, Program Kesihatan Warga Emas, Program Kesihatan Dewasa, Program Kesihatan Remaja, saringan kesihatan dan sebagainya.

Klinik ini diharap dapat meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan rawatan perubatan selain mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan di luar waktu pejabat.

Turut hadir ialah YB Royston bin Valentine, ADUN Telian, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan), Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalam Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan Dr. Kuzaimah binti Husin, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah.

 

image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 09:08:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page