MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL MUKAH, SARAWAK.

18 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri hari kedua siri lawatan kerja beliau dengan lawatan ke Hospital Mukah, Sarawak.

Hospital Mukah telah beroperasi secara rasmi pada 15 April 1971 dan dikenali sebagai “Rumah Sakit Daerah Mukah” dengan hanya mempunyai 25 buah katil. Hospital ini kemudian telah menerima blok baru pada tahun 1993. Pada tahun 2020, Hospital Mukah telah diletakkan di bawah kluster Hospital Bintulu dan akan menerima perkhidmatan kepakaran pertama yang dijangka akan bermula pada November 2023. Antara perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pesakit Luar, Radiologi, Haemodialisis dan sebagainya.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa melawat ke beberapa fasiliti seperti unit haemodialisis dan pesakiti luar di samping menyantuni pesakit-pesakit dan petugas kesihatan di hospital tersebut.

Turut hadir ialah YB Royston bin Valentine, ADUN Tellian, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan), Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan YBrs. Dr. Yik Kah Sieng, Pengarah Hospital Mukah.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-10 09:53:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page