MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL DARO, MUKAH.

19 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan siri lawatan hari ketiga beliau ke Sarawak dengan lawatan pertama ke Hospital Daro, Mukah.

Satu sesi taklimat mengenai Hospital Daro dan fasiliti-fasiliti di bawah Daerah Daro telah diberikan oleh Dr. Alhusna Bintu Dahian, Pengarah Hospital Daro.

Hospital Daro mula dibina pada Februari 1991 dan siap sepenuhnya pada September 1994. Hospital Daro mula beroperasi pada November 1994 dengan keluasan tapak sebanyak 132,394 meter persegi. Hospital Daro adalah berstatus Hospital Tanpa Pakar. Sehingga Jun 2023, purata bulanan kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan wad bersalin hospital Daro adalah seramai 1500 orang.

YB Lukanisman telah melawat sekitar Hospital Daro termasuk Klinik Kesihatan Daro, Klinik Pergigian Daro, Wad Bersalin & Kanak-Kanak, Unit Haemodialisi, Unit X-Ray dan Unit Kecemasan & Trauma.

YB Lukanisman telah menyantuni warga kerja Hospital Daro dan juga beramah-mesra dengan pesakit yang menunggu perkhidmatan Kesihatan di hospital Daro.

Turut hadir bersama ialah YB Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi (Parlimen Igan), YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 10:01:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page