MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE TAPAK KLINIK KESIHATAN SEMOP

19 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau pada hari hari ketiga di Sarawak dengan lawatan ke tapak Klinik Kesihatan Semop.

Lawatan ini bertujuan memastikan proses pembinaan klinik kesihatan tersebut berada dalam keadaan terkawal dan fasiliti yang disediakan memenuhi keperluan kesihatan masyarakat awam khususnya komuniti di kawasan pedalaman.

Klinik Kesihatan Jenis 6 ini dijangka akan siap dibina pada 30 September 2023 dengan kemudahan satu (1) blok bangunan klinik dan dua (2) blok berek bagi kemudahan kepada petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut.

Klinik kesihatan ini juga bakal menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan seperti farmasi, makmal mini dan Jabatan Pesakit Luar selain mempunyai kelengkapan seperti ‘pump house’ dan ‘genset house’ bagi memastikan klinik tersebut sentiasa mempunyai bekalan air dan elektrik yang mencukupi.

Turut hadir ialah YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen Tanjung Manis, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 10:31:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page