MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KLINIK KESIHATAN TANJUNG MANIS, SARAWAK.

19 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau ke fasiliti kesihatan ketiga iaitu Klinik Kesihatan Tanjung Manis, Sarawak.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau keadaan fasiliti klinik kesihatan tersebut agar perancangan naik taraf dapat dilaksanakan bagi keselesaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat awam.

Klinik Kesihatan Tanjung Manis telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 1997 dengan hanya seorang Penolong Pegawai Perubatan sebelum dipindahkan ke bangunan yang baharu pada 1 Julai 2009.

Antara perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat awam khususnya penduduk di sekitar Tanjung Manis adalah rawatan pesakit luar, rawatan klinik ibu dan anak, perkhidmatan kesihatan sekolah, pasukan kesihatan bergerak, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan ambulan dan sebagainya.

Turut hadir ialah YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Datu Haji Len Talif Salleh, ADUN Kuala Rajang, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 10:39:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page